mcmc
Jadual AktivitiJadual Latihan & AktivitiKomunitiLaporan AktivitiPendidikan

PROGRAM ADVOKASI JANGKAUAN : KOA KG PABAI,REMBAU

Tarikh : 24 Mei 2025 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari

Tempat : KOA Kg.Pabai,Rembau,Negeri Sembilan

Tujuan :

Program Advokasi KOA Kg Pabai bersama MCMC

Program ini dimulakan dengan sesi pengenalan tentang peranan dan fungsi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), diikuti dengan Kempen Keselamatan Internet (KIS) yang menekankan aspek penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.

Petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) turut mengambil bahagian dalam sesi pengenalan, serta membantu menjayakan pelbagai aktiviti interaktif seperti kuiz atas talian (Quizizz) dan permainan luar talian (offline games) yang menyeronokkan dan mendidik.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang keselamatan digital, malah menggalakkan komuniti Orang Asli Kg Pabai untuk lebih celik teknologi dan bijak dalam penggunaan media digital harian.

Gambar Disini