Madrasah Tahfiz Al Gontory, Kampung Pulau Besar.
Madrasah Tahfiz Al Gontory, Rembau, Negeri Sembilan atau Tahfiz Arabic Al gontory ini diasaskan sendiri adalah seorang graduan tamatan Pondok Modern Gontor Darussalam di Ponorogo (Jawa Tengah).Tahfiz ini berkonsepkan penuh dengan cara dan metode pembelajaran yang di ambil dari Pondok Gontor sendiri begitu juga dengan tenaga pengajar yang telah dibekalkan di tahfiz ini.Selain itu, misi kami adalah ingin melihat anak-anak muda menguasai bahasa Al Quran iaitu bahasa Arab. Ini kerana bahasa Arab ini sudah semakin dilupai dan hanya sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja.Keistimewaan ini kami bawa bersama ini kerana faktor tidak mendalami bahasa Al Quran itu sendiri menyebabkan proses hafalan Al Quran terjejas seejurus mempengaruhi anak-anak untuk tidak meneruskan atau hilang semangat.Oleh yang demikian, tahfiz kami sedia menerima anak-anak yang sedia dididik oleh kami dalam apa jua metode, dengan minat untuk mendalami alQuran InshaAllah, berusaha adalah tangga kejayaan dunia & akhirat.