Hospital Baru Tampin
Hospital tampin ini ialah hospital kerajaan yang baru di buka baru baru ini. Hospital yang bersebelahan dengan klinik kesihatan tampin amat memudahkan bagi pesakit yang datang ke sini. Tempat asal hospital ini mula-mula berada di pekan tampin dan baru berpindah serta di bina di Jln Tampin-Gemas, Kampung Keru Tengah, 73000 Tampin, Negeri Sembilan.Hospital Tampin baru telah mula dibina pada 2007 dan telah diserahkan daripada JKR kepada KKM pada 3 Oktober 2013 dan mula berfungsi sepenuhnya pada 8 Februari 2014. Pelbagai Kemudahan dan khimat yang di tawarkan di hospital ini bagi memudahkan para pesakit dan untuk keselesaan bersama.