Hutan Rekreasi Gunung Datuk
Gunung Datuk adalah puncak tertinggi di daerah ini dengan ketinggian melebihi 2,900 kaki dan di gunung ini juga letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Pendaki gunung yang sampai di kemuncaknya boleh melihat pemandangan yang luas di bahagian barat dari gunung – gunung Sungai Ujong menyeberangi pinggir laut hingga ke Selat Melaka. Gunung ini juga kaya dengan lagenda, antaranya tapak kaki di puncaknya yang menyumbang kepada legenda pahlawan Melayu, Hang Tuah, yang dikatakan berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Tuan.