Jalil Ternakan Ikan Air Tawar diusahakan oleh Abd Jalil Bin Repal di kampong sri kendong. Beliau merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bersama isteri dan anak-anak beliau secara kecil-kecilan kini telah berjaya membina kolam ternakan ikan air tawar sebanyak tiga kolam. Beliau menternak ikan air tawar secara organik bagi memastikan ikan yang dihasilkan bermutu tinggi dan disukai oleh pelanggan setempat.