Gua Batu Maloi

Pelancongan & Tempat Bersejarah | 23 June 2024

Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan merupakan gua yang sering menjadi idaman si kaki aktiviti lasak untuk diteroka. Gua ini dikatakan mempunyai laluan yang mencabar kerana perlu merentasi laluan sempit di celah-celah batu yang bertindih antara satu sama lain.